Punca Rusuhan Nika

Justinianus, bersama dua pegawai utamanya Ioannis dari Kappadokia dan Tribonianus, tidak popular kerana cukai yang tinggi,[7] dakwaan rasuah dua pegawai itu[7] dan penganiayaan penghutang oleh Ioannis.[7][8] Justinianus dan Ioannis juga mengurangkan bajet untuk perkhidmatan awam dan mengambil langkah untuk memerangi rasuah.[8] Ramai bangsawan yang kehilangan kuasa dan kekayaan (akibat pengecilan dan pembaharuan perkhidmatan awam) menyertai Hijau.[8] Justinianus turut mengambil langkah untuk mengurangkan pengaruh kedua-dua perkumpulan. Hijau berasa ditindas dengan reformasi perkhidmatan awam ini manakala Biru berasa dikhianati.[8] Kanun undang-undang Rom dilihat sebagai perkara yang membezakan orang Rom yang bertamadun daripada orang gasar.[9] Kanun tersebut juga penting dalam soal agama kerana orang Rom percaya mereka bangsa yang "dipilih oleh Tuhan," dan kanun itu simbol keadilan.[9] Pembaharuan undang-undang yang berjaya dilaksanakan oleh seorang maharaja akan memberi keabsahan pada pemerintahannya, manakala kegagalan dalam perkara ini dianggap sebagai tanda ketidakredaan ilahi.[9] Perkara yang kanun Theodosius ambil sembilan tahun untuk dilaksanakan diselesaikan oleh Justinianus dalam masa 13 bulan sahaja.[9]

Walau bagaimanapun, sebelum rusuhan Nika pada Januari 532, pembaharuan undang-undang menjadi semakin perlahan.[9] Pada masa yang sama, Justinianus terlibat dalam peperangan yang tidak berjaya melawan Empayar Parsi. Walaupun kemenangan awal Byzantium di Dara pada musim bunga tahun 530 dan Satala pada musim panas tahun 530 telah meningkatkan reputasinya, kekalahan di Callinicum pada tahun 531, situasi tentera serta politik yang semakin merosot menjejaskan imejnya.[9] Golongan bangsawan menentang pembaharuan undang-undang kerana tidak dapat memanfaatkan kekaburan teks undang-undang untuk kepentingan mereka.[9] Selanjutnya, Justinianus dan isterinya Theodora berasal daripada golongan yang lebih rendah berbanding golongan aristokrasi.[9] Puak Hijau tergolong dalam mazhab dengan kepercayaan yang berbeza tentang sifat Yesus, dan memperjuangkan kepentingan individu kaya yang tidak memiliki tanah. Justinianus tidak tergolong dalam mana-mana satu pun.[10] Akibat semua perkara ini, keengganan Justinianus untuk mengampunkan dua individu yang ditahan berkaitan dengan rusuhan itu memburukkan lagi kebencian terhadapnya oleh kedua-dua khalayak awam dan golongan bangsawan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Rusuhan Nika http://cliojournal.wikispaces.com/Justinian+and+th... http://www.fordham.edu/halsall/source/procop-wars1... http://penelope.uchicago.edu/~grout/encyclopaedia_... //www.worldcat.org/oclc/1007044617 //www.worldcat.org/oclc/294885267 https://books.google.com/books?id=Ln1GAQAAIAAJ https://books.google.com/books?id=XaCYAAAAMAAJ https://books.google.com/books?id=mWEOAAAAQAAJ&q=a... https://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts... https://archive.org/details/belisariuslastro00ianh